Mengandung anak kedua

Hai hai. ok selepas beberapa tahun berlalu aku muncul kembali hahahaha



Memang gap lama ye dengan anak sulung. Lepas beranak anak sulung, aku ambik perancang depo 2 tahun jugak. lepas stop cucuk, hormon tunggang langgang entah lah nok. tapi, takpe lah sekurang kurangnya anak sulung dah besar sikit baru dapat baby lagi. taklah huru hara sangat kehidupan. Sesungguhnya Allah bagi tepat pada waktu nya, Alhamdulillah.




Alkisahnya mak aku diuji dengan sakit kanser 2 tahun yang lalu. Jadi, disebabkan aku tak kerja dan anak baru sorang. aku bergilir dengan ayah jaga mak dekat hospital. Alhamdulillah Allah bagi kesempatan berbakti untuk orang tua.




Haritu, mak aku masud wad sebelum kimo. aku jaga. aku duk hitung hari dah ni period aku tak datang datang agak dah 2 minggu kot tapi aku tak test upt lagi. dah ada rasa lain maciamm tapi kalau betul pregnant begitulah rasa dia tak semangat nak buat upt. kalau masa single line, baru sehari dua dah kalut nak buat test upt hahaha lepastu mengenang nasib sendiri.




aku pun macam biasa tunggu mak dekat wad. tapi, memang rasa agak letih. esok mak aku nak kimo. aku balik rumah pikir pikir baik aku buat test dulu, sbb ubat kimo kuat kotlah aku pregnant kan takut berisiko jugak. aku letak urin berdesup ye dia naik double line tak tunggu tunggu. aku cakap dekat mak yang mungkin aku pregnant, mak aku tak bagi aku tunggu dia dekat wad masa dia tengah kimo. jadi, ayah aku lah sorang sorang duk jaga mak dekat wad. Syukur sangat Allah bagi ayah aku sihat boleh kesana kemari walaupun umur bukan muda lagi.





Pregnant anak kedua bukan kaleng kaleng ye penangan dia. Anak sulung takde alahan. yang ni dah macam kain buruk tunggu masa nak kena buang je. asyik terbaring. perut bloated. nak makan, rasa nak muntah. silap makan, muntah. ya Allah rasa hari hari yang berlalu amatlah lambat nak bergerak. menghitung hari habis alahan tak kunjung tiba. aku buka buku pink, alahan still lagi ada. dah kena minum air gula pulak sebab history anak sulung gdm.




Bayangkan kau alahan perut berangin, puasa dari malam. lepastu minum air gula. emmm. lepas minum air gula, dah kena jumpa doc macam macam ya. sambil tahan taknak bagi muntah. ya Allah kau bagi lah aku tahap kesabaran yang tinggi haha. dah cek tekanan darah, mencanak tinggi. nadi tinggi. urin ade protin. doc suruh buat ecg. Alhamdulillah ecg ok. doc suspek aku ada masalah tiroid, darah tinggi. oh begitulah kehidupan.




ambik darah nak cek tiroid. hari hari kena pergi klinik desa untuk cek tekanan darah. dah kena makan ubat cair darah. betul lah ye, lain anak lain ragam dia.




Sekarang aku baru 20 minggu. masih jauh ye perjalanan. Semoga aku dan baby sihat sihat selalu. dipermudahkan urusan pregnant sampai anak lahir nanti Aamiin

Pengalaman bersalin anak sulung

Allahu lama nya tak apdet sini. Sementara masih ingat kisah nak beranakan anak sulung haritu haa marilah kita pahatkan sebagai kenangan kat sini 📃



Masa mengandung anak sulung sangkut pulak gdm. Tah macam mana minum air gula, esok esok tu nurse klinik call cakap sangkut. Tapi, yang sangkut nya result sebelum minum air gula. Mungkin sebab sebelum puasa malam tu melantak aiskrim. Ya rasain



Lepastu bermula lah episod kena buat bsp. Pinjam alat ngan kawan, buat sendiri kat rumah. Dah rasa ala-ala jadik nurse asik duk cucuk jari sendiri cek gula hahaha. Untuk yang ada gdm masa ngandung, kalau ada duit lebih elok la beli sendiri alat cek gula tu. Takyah duk ulang alik gi klinik. Yang aku perasan bila makan lauk bergulai mencanak naik gula nya, dah la masa ngandung duk makan gulai daging kawah je selalu. Emmm




Alhamdulillah. Masa ngandung anak sulung takda masalah sangat. Alahan pun takda sangat. Tempoh ngandung, sekali ja muntah. Tu pun muntah angin. Yang selalu muntah, suami. Dalam kete siap ada asam. Dah elok lah tu sikit sorang merasa haha. Hb pernah turun sampai 9. Lepastu konsisten makan ubat zincofer klinik bagi minum dengan pati delima berdesup naik 12. Nasib laa tak kena cucuk bontot 😅




Dah nama gdm. Kena admit masa minggu ke 39. Sebelum tu. Scan baby dekat kk, doc suspek macam usus baby ada problem. Sebab dekat scan tu nampak macam ada bubble. Cuak wehh. Kena refer pakar. Sampai naik tekanan darah sebelum jumpa pakar sebab duk pikir result baby. Pakar scan, Alhamdulillah normal semua. Baby siap tidur tutup muka lagi




Admit minggu ke 39. Takda rasa sakit lagi. Doc cek jalan buka 1cm. Paham paham lah anak sulung ni. Memula induce ubat. Masuk dos pertama. Takda sakit. Kedua pun tak sakit. Yang ketiga ada lah rasa lenguh pinggang gitu. Dalam 2 hari gitu jalan buka dalam 3cm ja. Last ketuban pecah sendiri. So, mari lah kita ke LR walaupun masih tak sakit sangat haha



Masuk LR dengar orang sebelah duk jerit 'sakit sakit'. Kita ni dah duk pikir macam macam. Dah la takde pengalaman lagi. Pastu doc induce drip ya rasain lu. Sakit sesaat kau datang sesaat kau pergi sambil pegang palang katil. Mulut duk sebut Allah Allah. Masuk LR pukul 4 gitu, pukul 12 baru beranak oii. Sampai habis bibir pecah berdarah darah dah macam drakula 👻👻




Pukul 12.21am keluarlah seketul dian zulaikha baby ibu yang comel bijak baik solehah ni 👶 Alhamdulillah sempurna tubuh badan sihat. Petang tu dah boleh balikkk. Tapi, esok tu ibu kena admit wad lagi. Haaa dah kenapa nanti sambung lain cerita. Awak jangan duk kalut tanya macam mana sakit contraction, sebab hanya Allah yang tahu. Nak explain pun tak boleh awak. Yang pasti memang sakit. Bertabahlah ibu ibu sekalian