Tragedi PLKN

Allahu lama gila tak apdet blog. Ni bukan lama biasa-biasa. Ini sungguh luar biasa. Luarrrr biasa. Hahaha. Akak ni dari bujang. Sekarang dah kahwin. Lama tak Lama lah kan tak apdet blog. Tapi mana post pasal tunang. Mana post pasal kahwin. Mana? Em


Ok alkisah tunang kahwin. Biarkan dulu. Ni akak nak cerita pasal PLKN. Kejadah tetiba PLKN kan. Ok lantakkan


Memula akak tahu akak dapat PLKN masa tu tah sape tolong cek kan dekat sekolah. Muka akak ok je bila dapat tau tu. Akak ok. Akak brutal. Akak ok. Akak ok k. So geng lain yang dapat tu ada yang nangis bejuraian air mata, hentak kaki protes semua. Akak tak paham tau dorang ni. Ape kena tah. PLKN je kot. Em


Balik rumah. Akak bagitau mak ayah akak. Mak akak pun tak bagi akak join PLKN ni. Sampai tahap sanggup nak mintak sedara akak keluarkan report mengatakan akak ada penyakit. So tak dapat join. Tapi ayah akak yang suruh akak join je PLKN tu. Akak masih lagi ok. PLKN je pun. Akak ok. Akak masih ok.


Malam tu. Berkumpul dekat satu tempat. Nak naik bas. Oh akak dapat PLKN dekat PD. So agak jauh jugak la dengan Terengganu. Akak masih lagi ok masa tu. Haha. Brutal sangat akak. Akak bangga dengan diri akak. Akak dapat satu kem dengan kawan satu sekolah. Sorang. Perempuan. Dia duk sebelah akak. Naik bas. Dia nangis esak-esak sambil tengok luar bas. Tengok family lah agak akak. Akak masih lagi ok. Tanpa perasaan. Bila bas dah gerak. Akak sayu. Sedih. Tah. Akak tak ok. Akak rasa lonely tiba-tiba. Akak dah tak ok. 😭


Sampai kem. Bawak turun beg barang semua. Jurulatih suruh keluarkan semua barang dalam beg. Nak buat spotcek. Akak keluarkan banyak minyak. Ubat. Banyak. Tah berape pek. Jurulatih terus cakap. Kau ni sakit apa. Belambak bawak ubat. Hahaha akak ok. Akak bawak ubat. Bukan dadah. So akak ok.


Tiap pagi. Bangun awal. Awal sangat. 5 ke 5.30 macamtu. Oh fon tak boleh pegang. Semua kena serah dekat jurulatih. Akak ok. Sebab akak pakai fon murah je. Bukan ifon. So akak ok. Bangun mandi. Pergi surau. Semayang. Masuk dorm. Kitorang duk dorm. Ramai-ramai. Terpisah katil dengan loker je. Tukar half loreng terus pergi padang. Nyanyi lagu PLKN. Akak nyanyi sambil pejam mata. Menghayati lagu. Em.  Lepastu bersenam. Joging. Balik tu terus sarapan. Serius kat sini makan mewah sangat. 6 kali kot sehari. Akak malas nak kira. Tapi memang cukup makan dalam kem ni. So mak ayah takyah risau anak balik turun sampai 20 kilo. Mustahil


Banyak yang akak dapat kat PLKN ni selain bawak balik kekasih. Tah. Akak tak ok dengan menda ni. Haha. Akak dapat belajar jugel bola. Akak sampai tahap prektis guna spende tau buat bola. Sebab akak terpilih untuk masuk pertanding jugel. Akak rasa akak hebat. Akak berlakon. Akak menari zapin. Akak poco-poco. Oh yang ni akak prektis kejap. Lepastu akak blah. Makan aiskrim. Akak tak ok. Akak belajar menembak guna M16. Macam-macam. Seronok. Ramai kawan. Walaupun malam agak seram sikit nak tidur. Sebab ada yang kena histeria. Kes dia bawak balik barang dari hutan. Ini pun akak tak ok.


Banyak lagi sebenar nya kenangan di PLKN ni. Tiang gol pernah jatuh atas kepala akak dengan beberapa kawan akak masa sesi riadah petang. Tak tahu macammana boleh jatuh. Tapi akak ok. Bukan jiwa je kental. Kepala pun. Balik bilik. Kepala benjol. Pakai tudung pun sakit. Dapat lah mc berapa hari tah. 2 kot. Takpe. Akak ok.


So adik-adik. Yang mana terpilih pergi PLKN tu. Join lah. Banyak pengalaman adik akan dapat. Tak kira pahit manis. Semua tu lumrah hidup dik. Tak join PLKN pun tetap kena tempuh jugak pahit manis hidup tu. Sekurang-kurang nya jiwa raga kita dah kental sikit bila join PLKN ni. Sikit pun dah ok. Ok? Akak masih lagi ok. Adik ok ke? Haha

K dah. Nanti akak apdet lagi

Makanan korea

Hai. Long time no see ya. Fuhh fuhh #tipu habuk

Dah lama sebenarnya rasa nak terai makan makanan korea ni. Yelaa. Tengok runningman.selalu dorang ni buat aku terliur bila part dorang makan. Haha tak baik tau korang. Terus pergi kedai makan korea. Memula masuk pintu tu dorang dah anneyonghaseyo anneyonghaseyo. Hahaha. Memula tu tanya dulu kat sini halal ke tak. Tapi dah buat resech sebelum pegi. Kang termakan yang tak halal macam mana. Haa haaaa kannn


ni jjangmyeon. Betui ke tak aku eja? Ah lantak kann. Nampak sedap. Makann. Ehh ape ni ape ni. Baik la aku oder mi goreng basah telo mata lagi behhhh kate kauuu



ni side dish dorang la kot. Dah oder ape ape makanan konfem ada kimci ni. Rasa dia ya ampunnnn. Kuat gile. Tak tau rasa apa yang kuat tu. Haha. Aku memula makan tu. Ok dah. nexttt



yang ni kimchi jjigae. Kalau salah eja jangan marah aa. Aku pakai bantai je ni. Asal ade bunyik dah. Hahaha. Ok yang ni je tekak aku boleh terima. Sebab dia ada rasa macam asam pedas sikit. Ok la dari takde. Makan dengan nasik semangkuk. Ok dah next




ni bibimbap. Yang ni pon aku tak gemar sangat. Sebab rasa minyak bijan dia kuat. Boleh la makan. Tapi tak gemar. Tak apa tadi? Ye. Tak gemar. Hahaha. kalau nak dibandingkan dengan nasik goreng mak aku lagi sodaaapp. Hehe



Aku rasa tekak aku ni tak boleh nak terima sangat makanan korea. Bila makan makanan korea teringat makanan yang kita duk makan hari-hari tu. Sambal belacan. Haa ape lagi haa haa.Dan dann mase tu jugak rasa nak balik rumah makan. Hahahaha. 



ceritaaaaa dia. Tapi ade je orang suka makanan korea. So, mungkin yang aku cakap tak sedap ni pandangan tekak aku je. Jangan la kecam saya. Ok ok. Nanti saya balik rumah makan sambal belacan ye. Dah dah awak nak makan makanan korea makan la ye. Tadi tu saje je saya nak terai. Takkan la tak boleh.Hahahaha