Pengalaman
sejak-sejak tukar kerja ni. bizi bukan main. memang tak berapa sempat nak apdet blog. tapi, untuk game dengan tengok running man sempat je. amboi kan? dah lupa nak cerita apa tadi. itu la. memula nak cerita lain. bila menaip, keluar cerita lain pulak. pening aa
dulu, sebelum aku tukar kerja. aku kerja mengajar. mengaaaajar je hari-hari. sambil layan kerenah budak segala. dah macam babysitter pon ada. ada seronok, ada stress jugak la mengajar ni. kalau budak buat perangai, haa merasa lah kau asap keluar dari telinga. ponn ponn bunyi dia. Haha tak kelakar takpe. buat biasa je k.
masa hari guru. merasa jugak la dapat hadiah dari budak-budak. perasaan lain macam. teruja terkesima terharu. first time kata orang. ada yang bagi tudung, keronsang, buku macam-macam la.
sebelum nak berhenti, ada sorang budak ni. memang banyak cakap. tetiba last day dia bawak kek. dia cakap dia suruh mak dia buat. serba salah aku. ye la macam menyusahkan mak dia je. lepastu sama-sama kongsi makan kek. perasaan ter ter tu semua keluar.
selepas berhenti mengajar. satu hari tu aku pergi kedai makan. tetiba datang dua orang budak kecik pakai baju tidur. ticer ticer. sambil hulur tangan nak salam. aku macam haa? haa? aku kat mana ni? haha. lepastu baru la cakap laa awak. macam tak terfikir aku jumpa studen kat luar. lama tak mengajar. macam janggal tetiba orang panggil ticer bagai. bagus. dorang tak lupa aku. aku je yang mamai tak pasal-pasal. lepastu duk tertanya apa eh nama budak ni. em syahirah kalau tak salah ni. HAHAHA dah tua rupa nya bekas cikgu ni. hokaloh
tu je la nak cerita nya. ok dah eh. nak sambung buat kerja.
-bye-
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 kata saya baik . TQ ;P:
Post a Comment