Alkisahnya, akak masa kekecik dulu. Nak cakap kecik pun tak jugak. Membawa sampai belajar kolej. Susah sangat nak makan ubat. Tak kisah jenis kapsul ke. Tablet ke. Kalau boleh akak rela telan ubat yang jenis sirap tu. Walaupun pahit ku rela. Gituuu
Akak kalau sakit kepala sesangat. Memang tahap meleleh air mata tak tahan. Baru akak akan ambik panadol. Lepastu sibuk duk ukur panadol dengan tekak. Agak-agak muat ke tak. Takut terlekat di skala 6 agak eh. Haha kelaka kan? Akak memang kelaka. Emm. Pernah jugak kena telan ubat kapsul tu. Tapi hareyyyy ubat tu duk jadi macam perahu timbulll je. Last-last habihhh terkeluar serbuk dalam dia. Tapi, cakap kat mak dah telan. Ye begitulah pembohongan akak kau hahaha
Sekarang. Akak dah hebat. Air ciput pun boleh telan ubat. Tablet ke kapsul ke. No hal bagi akak. Nampak akak dah jadi sombong sekarang haha
Cara dia. Kalau tablet. Dongak kepala bila nak telan ubat. Kapsul pulak tundukkan kepala. Siyes senang je dia meluncur masuk dalam tekak. Kenapa lah dulu akak tak tau cara mudah tu. Memalukan diri sendiri je. Nampak macam abang-abang. Tapi telan panadol pun potong 4. Apahalll
Ok . So, sesape yang ada masalah nak makan ubat tu. Boleh torai. Pasti lepas ni asik nak makan ubat je hahaha. Tak ok tu tak ok
0 kata saya baik . TQ ;P:
Post a Comment