mari bercinta


ASSALAMUALAIKUM . mari bercinta adalah tajuk novel pertama aku yang akan berada di pasaran selepas raya nanti . kau percaya kau gila ! HAHA 

-

semalam ade lah sorang kawan ni meluahkan perasaan terbuku di hati . dia cakap dia dah serik trauma nak bercinta bagai . sebab dia ni dah kapel dalam 5 tahun , tapi las las lelaki yang di sayangi ada perempuan lain . menyampah kan? cekik je sampai mati . GRRR =.=


bukan nak cakap lah . lelaki ni memang rumit nak paham . kadang kadang rasa macam nak sekeh sumbat kepala dia dalam lubang jamban . emo tak aku? kau takut tak? nampak tak sekarang , sape yang lagi setia . lelaki ke pempuan? T__T

-

aku tengok bebudak sekolah sekarang sangat sangat maju . baru sekolah rendah dah ada 'abang'/'sayang' . bukan nak cakap gah la . dan bukan juga jeles sebab sampai sekarang kakak kau tak kawen lagi . baru 22 KOT . adik adik sekalian , kakak tak halang korang nak bercinta , sebab dari bercinta korang akan belajar banyak pasal kehidupan lagi pon aku bukan nya ada hak nak halang sesapa (tangan kedada mata keatas) 



tapi , jangan lah korang serahkan sepenuh hati perasaan dekat korang punya 'abang'/'sayang' . kalau putus , baru kau tahu erti nya penyesalan . lagi pon , korang jauh lagi nak berkawen . kau pikir dik . kau pikir , sekarang takde duit ribu ribu takleh kawen . lain lah kalau zaman nenek moyang , kompem kompem kakak kau yang kertu ni pon dah anak empat sekarang . HAHA .

-

zaman bercinta memang kau akan rasa macam di awan awangan . bila putus , kau akan rasa macam ditanam hidup hidup dalam tanah . sebab tu orang cakap , jangan kapel lama lama . sebab kapel lama lama pon tak menjamin lagi korang akan bersama .


; jangan lupa ALLAH masa susah senang . sebab kebahagiaan kita DIA yang bagi ;D



; adik adik rajin rajin belajar . jangan bercinta sampai pelajaran merosot 



; duk pikir pikir . adik aku dah ada awek ke belom . adik aku pendiam , kakak macam murai . aku anak angkat ke dia anak angkat  -.- 


-bye-

1 kata saya baik . TQ ;P:

Cik gigi kaca said...

aku x percaya c.i.n.t.a....lalala