trauma





 rajin tak aku apdet blog banyak kali hari ni? rajin kan? (BOLEH BLAH!)


dulu dulu . keluarga aku ngan keluarga kazen aku suka sangat pegi picnic makan makan kate kau ! sekarang , jangan mimpi la . mak aku balik kerja , asik duk melekat depan tv layan cerita indon sampai ke maghrib . sabo je laaa -.-



masih segar dalam ingatanku , di hari pernikahan kita ku cium tanganmu dan kau mengucup dahiku (AMBOI KEMAIN) . OK . hari jumaat tu . kami dua keluarga bercadang nak pegi picnic dekat air terjun . mandi mandi makan makan bergelak ketawa bagai . masa tu aku tak ingat aku umo berapa . tapi , sekolah rendah mungkin 

-

masa orang lelaki semayang jumaat , kitorang (tiga orang) eksaited lagi nak mandi . padahal mak dah larang . tapi , kitorang buat pekak je . kat situ ade satu batu besar . air tenang je . lepastu ade budak sorang duk makan atas batu berhampiran situ . memula kazen kazen aku dulu pegi tengah air dengan satu pelampung (MACAMNI KE EJA?)-.-'




aku masih duduk dekat berhampiran batu besar tu . tetiba aku tengok kazen aku terkinja kinja dekat tengah air tu . bukan menari safel . tapi lemas (EHH BOLEH BERGURAU PULAK) . aku panik sangat mase tu . pelampung pulak kecik je . aku panggil semua orang . tapi , orang tengok je . aku dah berzikir macam macam . aku nak selamatkan dorang , tapi aku tak pandai berenang




budak yang duduk makan atas batu selamber je cakap , kat situ dalam . dia tak tengok ke kazen kazen aku yang dah separuh nyawa dekat tengah air tu . siyes aku buntu sangat mase tu . aku tak tau nak buat macam mane . aku tengok je sorang kazen aku tenggelam . dalam kepala aku , mesti ayah dorang sedih nanti . tau tau anak dorang lemas T__T





ade satu keluarga dekat sangat dengan tempat kitorang . hanya di pisahkan dengan satu batu besar je ponn . aku jerit panggil , dorang tak dengar . sebabkan batu tu jugak , aku tak boleh pegi dekat dengan sesape . sebab aku tak boleh panjat batu tu . aku panjat , jatuh balik . aku panjat , jatuh balik . sedih wehh time tu . aku rase macam tak bergune je




tetiba aku nampak kazen aku yang tadi tenggelam , naik balik dekat permukaan air . mase tu aku jerit kuat kuat panggil orang . baru orang dengar . tapi , aku tengok kazen kazen aku dah sampai tebing . dengan senang nya , aku pon boleh panjat batu yang tadi sangatla licin . ALLAHUAKBAR ! semua kuasa ALLAH . cuba kau pikir , macam mana pelampung boleh bergerak sendiri pegi ke tebing?





trauma beb ! sampai sekarang aku ingat kisah hitam ni T__T tu la padah nye . orang tengah semayang , kau duk sebok bergembira . sebab tu la kita , kalau pergi tempat tempat macam ni , jangan gembira sangat . ingat ALLAH jugak . peringatan untuk aku dan semua -.-





; korang takde ke kisah yang buatkan korang trauma sampai sekarang?


-bye-

2 kata saya baik . TQ ;P:

EnciK AxixOu said...

alhamdulilah.dah insaf dh anda

Diayoi said...

EnciK AxixOu ; haha . ALHAMDULILLAH ;)