tajuk


hai. lama kan aku tak apdet. dulu sibuk, sekarang laaaagi sibuk. phiewww #kesat-kesat peluh. dulu aku driver mak. sekarang dah ada kerja sendiri. tapi biasa-biasa saja. bukan bos pon nak cerita pongpangpongpang tembak bunga api bagai. ok sangat takde kaitan. tak tau macam mana nak mula ni. haish
sekarang kerja mengajar budak-budak sekolah rendah. bukan cikgu sekolah. aku sesungguhnya sangat tidak minat cikgu cikgu. mak aku pernah suruh aku masuk maktab perguruan tapi booo layan. sori not my taste. wah giteww. tapi last-last mengajar jugak. apakan daya masa tak akan kembali. jadi jangan lah kamu benci melebih-lebih takut itu yang kamu dapat. contoh sudah ada di depan mata. ehemm







setakat aku mengajar. takde masalah sangat. cuma ada sorang studeng aku yang umur 5 tahun. macam-macam kerenah. mengamuk, kencing suruh cikgu basuh. fine fineee. dah macam jaga anak sedara pulak. tapi nak buat macam mana mak dia semangat menjulang tinggi nak hantar anak dia belajar. kita kuli ni ikut je la. yang penting ikhlas. insyaAllah dipermudahkan segala urusan. dah habis pasal kerja baru









ok cerita pasal anak sedara. sayang yang kedua dah balik perak. menetap kat sana dengan apak dia. kakak aku pon dah berhenti kerja ikut suami. itu lah dah jodoh dengan orang jauh kan. oleh itu mana-mana orang terengganu yang single boleh la melamar saya #rasa nak sepak diri sendiri je. HAHA
sayang yang pertama dah setaon lebih. kakak dengan abang ipar aku dua-dua kerja. maka haritu hantar dekat rumah makcik ni. dia jaga cucu dia umur dalam 6 bulan macamtu. ingat ok. tapi harammmmjadah. sakit hati









budak-budak bila dah dapat kaki. memang xtif. lagi-lagi lelaki. haritu tetiba makcik tu kol kakak aku. dia cakap
' anak awak menangis sampai muntah-muntah. cucu saya tak boleh tidur. saya masuk dalam bilik kunci pintu semua. tinggal anak awak dekat luar. dia duk ketuk pintu melalak. bising. macam mana cucu saya nak tidur. dahla bla bla bla blaaaa. tunggu lah cucu dia besar nanti. tengok macam mana. kalau tak boleh jaga, cakap lah tak boleh bukan nak paksa pon kan ********









budak bila dah setaon, dia bukan minum susu je sayang. dorang dah boleh makan. bubur nestum ke ape. tapi makcik tu tak bagi. sibuk dengan cucu dia. kalau nak jaga cucu sendiri tak payah lah setuju nak jaga anak orang lain. kan dah tak terjaga. demam ok anak sedara aku. sekarang dia macam trauma bila masuk tandas. nak mandi menangis, nak basuh kencing pon menangis. dulu dia sangat-sangat suka main air. tak tau apa makcik tu buat. lepas ambik anak sedara kakak aku dah stop hantar kat makcik tu. tiga hari je kot. tapi takde pulak nak hantar mesej ke ape tanya kabar semua. panas hati lah dengan orang macam tu. tak berprikemanusiaan








takpe. mungkin ni semua dugaan. semoga makcik tu sedar satu masa nanti. jangan sampai jadik dekat cucu sendiri pulak. baru tau langit tinggi ke rendah. nayaa je
kesian sayang saya T__T
binatang pon orang sayang. usap belai semua. inikan manusia. sabo je laaa






kawan aku cakap, 'akak dah tua. dah sepatut kawen' ok sentap #tetiba sangat masuk bab kawen. HAHAHA






-bye-


0 kata saya baik . TQ ;P: