aku syok kat dia. dia berumur 24 tahun. niceee



oh hari ni hari rabu. wo wo oleh itu ayuhlah kita mengapdet blog pada hari rabu dengan tajuk yang mengusik kalbu dan menunjukkan orang yang berumur 24 masih lagi nampak kiut. ajaib kan? oh salah ke? jadi maafkan saya. hiewhiew =.=








pada 24 haribulan 12 genaplah umur aku 23 tahun. ikutkan di tahun baru aku masih lagi 23 tahun kannnnn? walaupon sebenarnya umur di tahun baru adalah 24. oh pilu. walaupon orang cakap 'kisah lalu jangan dikenang' tapi hari ni aku nak kenang jugak. pedulik orang kata baju ronyok tak apa asal pakai selesa berkilau tak bermakna kalau hati tak ada dan tetiba terkeluar lirik lagu 150 juta. maafkan saya maafkan saya









aku makan kek sebelum 24 haribulan. kelash ke idok? haa kate ko. kebetulan, mak mertua kakak aku dengan family dia datang. mereka beli kek secret recipe. aku ingat nak sambut birthday aku lah kan. disebabkan terharu sampai menangis-nangis dibuatnya. dan tetiba dapat tau yang mereka nak sambut birthday nenek dia. terus sedut balik air mata #boleh? HAHA. sebenar nya laaaaama sangat mengidam nak makan kek. akhirnya rezeki. gembira di dalam hati tak terkata. bunga kembang dalam hati dengan rama-rama berterbangan keriangan. amboi bukan main imaginasi. biasa lah minum susu enfagrow #kan dah takde kaitan. itulah malas nak taip blog. asyik nak mengarut jeeer




background tutti sangat awesome untuk ambil gambar. maka terhasillah seperti yang tertera =.=




takde aktiviti sangat pon masa 24 haribulan tu. sebab hujan. jadik aaapa pon tak boleh. pagi-pagi, mak aku dah nyanyi lagu happy birthday. dengan muka tak percaya aku cakap wah suara taknak kalah. sebijik suara zaiton sameon. HAHAHA bergurau ok. jangan percaya
terima kasih yang tak terhingga diucapkan kepada kawan-kawan yang ingat birthday aku. orang first wish abang sulong. ong gedek gedek. pukul 11.30 dah wish. wish saje tak guna kalau takde hadiah. tolonglah paham. iols gurau je #anggap lah ni sirius k. HAHA begitu pon boleh








kawan aku yang dari sekolah siap call semata-mata nak wish birthday aku. soooo suwit T_T semoga kau cepat-cepat ketemu jodoh. kirim salam kat mak angkat aku. kau tau haritu dan dan mak dia perli aku 'laama tak nampak. pergi bertapa ke?' ok. sentap. esok nak pergi bertapa dekat gunung berapi. jangan kau tangisi kepergian ku untuk bertapa #ini pon bolehhh
yang wish dekat FB, handphone dan laman sosial yang lain . TQ TQ
kazen aku je yang tak wish birthday aku. lepastu boleh pulak cakap 'wa dok wish pon beday lu' ye kitorang memang rock. biasa lah minat awiee awiee. HAHA










dulu aku pernah ada sorang abang angkat #lagu sedih. tapi kitorang dah laaaaaama lost konteq. tak tau dia macammana sekarang. dah kawen ke belom? dah ada anak ke belom? kerja apa sekarang? masa birthday aku berapa juta taon yang lepas. dia ada bagi aku gelang. first tym kot orang laki bagi aku gelang. sobs T_T
dia cakap 'gelang murah je. harap suka lah sebab gelang tu pon mintak tolong kawan perempuan yang belikan. sebab tak pandai nak beli-beli gelang ni ' touching iols. iols tengah nangis ni. percaya tak? HAHA
sampai sekarang ok aku pakai gelang tu. kenangan manis kau dan aku takkan terhapus. wah giteww







; opss terlebih patah perkataan sudaa. nanti aku apdet lagi. jangan risau i olwes miss u #takde kaitan kan? HAHA -.-'









- bye. selamat tahun baru uols -

0 kata saya baik . TQ ;P: