Wan,
AKU INGAT LAGI.
masa sekoloh menengoh mu sokmo mari rumoh aku bila balik kampung.
Makan nasi rumoh aku.
Tidur rumoh aku.
Mu tu ibarat adik beradik aku doh. Eh memang pun. Mu kang adik beradik susuan aku. Mok mu sokmo kabo ke aku. Mu nge aku dokleh kahwin. Sebab kita adik beradik susuan. Kelako op?
AKU INGAT LAGI.
Kalau jupe mu. Mu mesti senyum. Sengeh napok gigi. Bagus mu wan. Dok nyombong orang kata.
AKU INGAT LAGI.
Aku nok masuk bilik. Aku napok mu semayang.
Subuh. Mu bangun awal sekali. Pakai kain pelikat. Akat takbir. Semayang.
Kalau aku gi jalan rumoh mu. Biasa tidur dekat ruang tamu. Subuh mesti dengo mu buka pintu nokgi masjid.
Mu baik wan. Mayang bang dok tinggal
AKU INGAT LAGI
Masa aku belajo tati. Mu mesej tanya bosan dok. Ajok kuo. Gi mesra mall. Mu suruh aku belanja mu burger king. Eh macam orang kaya mu makan op
Ada sekali aku mesej mu. Ajok kuo sebab bosan. Mu kata kete takdok. Kang kang mu mesej. Kang kang mu mesej kabo kete takdok lagi ni. Padahal aku takdok hal pun.
AKU INGAT LAGI
Masa mu baloh ngan awek mu. Mu mesej aku. Kata awek mu jeles sebab kuo ngan aku. Mu suruh aku mesej. Terang ke dia gitu gini gitu gini. Sayang sangat mu ke dia wan. Sampai la mu kahwin ngan dia. Mitok maaf la aku dokgi masa mu kahwin.
Wan.
Lama sangat aku dok jupe mu. Sapa la aku tau mu eksiden. Kak long kabo dekat wasap. Aku tengok kete mu remuk teruk. Aku ingat mu eksiden biasa-biasa je.
Aku tengok gambo mu. Kak long ato. Mu dok sedo. Dalam pale aku masa tu macam-macam doh wan. Tapi, aku wat dok tahu je. Selama mu duduk icu. Aku dok gi tengok mu. Tapi tiap hari aku tanya mi aboh aku keadaan mu wan. Tiap hari aku buka wasap nok tau berita pasal mu.
Aku rancang doh dengan apit nok tengok mu hari jumaat. Sebab aku cuti.
Jumaat 27.2.2015
Harini sepatut nya aku gi tengok mu.
Masa orang siap-siap nokgi semayang jumaat. Mok su na tepun kata mu takdok doh wan. Aku diam je. Dok tahu nok kata mende. Sebab aku rancang doh nok tengok mu haritu. Em
Akhirnya. Sapa masa mu tinggal family mu. Bini mu. Anok-anok mu. Sedara mara mu. Kawan-kawan mu. Mitok maaf wan. Aku dokdang jugok nok tengok mu. Nyesal dok tengok mu awal-awal masa mu masuk icu tu.
Aku macam dok caya lagi.
Aku sampai rumoh mu. Orang ramai doh masa tu. Semua duk cerita pasal mu. Semua duk tunggu jenazah mu wan. Kawan-kawan mu ramai sangat mari nok tengok mu.
Jenazah mu sapa dekat orang nok bang garib. Ramai sangat orang semayang jenazah mu wan. Orang-orang sejid hok mu bese gi mayang subuh tu semua semayangkan jenazah mu wan.
Sapa la masa orang bowok mu gi kubur. Tu. Tempat terakhir kita belaka. Tapi. Mu dulu sapa. Umur 26. Sama ngan aku. Aku bila? Em
Selesai belaka.
Aku nok balik. Mok mu tarik aku. Ye cium pipi aku. Ye kate ye teringat ke mu. Sebab kita sama umur. Aku sedih jugok dengo mok mu kata gitu.
Wan.
Masa mu sapa doh. Allah tetap belaka doh kita ninggal bila-bila. Ninggal sebab mende. Umur berapa. Semoga mu ditempatkan dikalangan orang-orang beriman. Aamiin.
0 kata saya baik . TQ ;P:
Post a Comment