petua hilangkan sedu


sedu # ape tu? OK rasa nya tak perlu soalan itu . sebab aku rase semua dah tau . kalau tanya pon aku tak reti nak explain macam mana -.-'

kalau baby sedu biasa nya letak kapas basah atas ubun ubun ataupon bagi dia menyusu



biasa kalau anak sedara aku sedu , memang buat macam ni je . tapi , kalau menyusu tu hati-hati sikit takut tersedak ke ape kan #macam mak-mak pulak gaya aku menaip . kahkah


-







kalau yang dah tua-tua macam kita #tetiba kita kan . HAHA 

tarik nafas dalam-dalam sampai rasa penuh dekat dada , lepastu tahan nafas dan telan air liur sekali atau dua kali . kalau tak hilang jugak , cuba minum air . insyaAllah hilang 








petua ni sebenar nya aku terjumpa dekat blog someone dimana aku pon tak ingat dah siapa . lepas aku baca  terus buat tapi lupa nak ucap terima kasih dekat tuan blog tu sebab suka sangat bila sedu hilang 
# LOL
 so , terima kasih daun keladi . kalau kita tau sesuatu tak salah pon kalau kongsi dengan orang . mudah-mudahan makin bertambah ilmu kita . insyaAllah








-bye-

tadika dan kanak-kanak


kelmarin aku dengan sepupu dapat inteviu dekat tadika . memula macam taknak pergi , sebab kebetulan haritu jugak sepupu aku yang baru kawen bersanding dekat rumah husband dia . sekali lagi , husband . OK nicee sangat bunyi nya =.= 
disebabkan sepupu aku semangat nak pergi inteviu tu , aku pon join je lah . walauponnnn







ramai jugak yang datang inteviu hari tu . akak dekat situ bagi kitorang borang untuk isi maklumat diri dan soalan . kene tulis dari rumi ke jawi , bahasa melayu ke english dan yang paling cepat aku jawab adalah isi tempat kosong bahasa melayu . aku suka bahasa melayu . budi bahasa budaya kita . memang takde kaitan pon takyah nak pelik . masa jawab soalan tu aku tiru je orang kat sebelah sebab takde pulak dia cakap tak boleh tiru cuma dia cakap jawab sendiri . kahkah -.-'








lama jugak tunggu turn nak inteviu . bila sampai time aku , dia tanya macam macam . aku pakai hentam je . contoh nya apa beza kasih sayang dan cakna . aku jawab cakna ambil berat dan kasih sayang adalah kasih mengasihi . tergelak akak yang inteviu aku tu . aku cakap tak tau macam mana nak jelaskan . whatever . HAHA 
lepastu akak tu tanya boleh nyanyi tak? aku dengan dahi berkerut kerut tanya nyanyi lagu apa kot kot nak suruh nyanyi lagu iklim suci dalam debu ke apa kan . aku pandai je kalau lagu tu . well artis # ehemm
dia cakap lagu budak budak . dah nama mintak kerja dekat tadika kan . berangan lah nak nyanyi macam dekat AF # boleh berammmmmb









untung sabut timbul # tetiba . aku biasa jugak layan lagu kanak-kanak dengan anak sedara . anak sedara takde lah beria sangat , mak sedara je over . LALALAA . so , aku cakap nak nyanyi lagu baa baa black sheep . aku nyanyi lancar je . akak tu semangat je tengok . mesti dalam hati dia pelik macam mana budak ni boleh hafal lagu kanak-kanak . dahla suara best. KAHKAH -.-
itu pengalaman pertama aku inteviu dekat tadika . kelakar







nah . for youu








-bye-

ulasan


kalau tengok dari kata kata orang awam # bukan main orang awam kan . ramai yang cakap cerita hantu kapcai best tapi bagi aku ada yang lagi best 



-



bagi aku yang ni lagi best hokay sebab ade jep . I kan peminat no1 jep , haruslah menyokong cerita yang dilakonkan oleh beliau #begitewwww  =.= 









ok selamat menonton . hiew hiew 
bye-

pad


aku takde lah nak cerita pasal zaman sekolah dulu dulu dapat pad fri . lepastu masuk kelas sorok dekat belakang bila orang lelaki tengok . amboi malu le tewwww . HAHA kan dah tercerita 





kalau dulu , mak mak kita pakai kain je bila datang bulan . pad kotex , laurier bersayap tak bersayap takde lagi mase tu . HAHA tah aku pon tak tau macam mana dorang guna kain ganti pad . siyes i tak tau . mak i dah moden mase i datang bulan . tak dapek la nak meraso #ok ok bertenang





-


sekarang femes pad jenis kain yang boleh guna pakai selama mana sukehati kau lah kan ade aku kesah . design lawa bukan main . sayang nak pakai =.= 
kalau nak oder bolehlah tempah . tapi aku tak jual . gambar ni aku cilok dekat gugel . so , kau pergi cari sana . tunggu nanti aku pandai menjahit aku buatkan untuk kau . HAHA mimpi laaaa






jangan nanti ade pulak kata kata sumbang hakalaah dia ni pasal pad pon nak kecoh . buat malu je . tak payah nak malu sangat kot . kau tengok kat rumah kau , mak , adik perempuan , kakak kau sume ada simpan tak . dalam tv rilek je buat iklan pasal pad . itu aku pulak yang rasa menyampah  tengok . HAHAHA -.-'













; kalau yang guna tandas awam tu , jangan nak buang pad kau merata rata . lekat dekat dinding , sumbat kat situ , kepit kat sini . weh aku geli lah! sumbat dalam mulut kau baru tau . haa ini makan nyaaa




-bye-

jeritan


Dengar OH! jeritan batinku 

-


aku letih . teramat amat letih bermain dengan perasaan . ye , mungkin orang tak nampak sebab itu mereka tak tahu . tak apa , aku maafkan kan mereka . aku cuma manusia biasa . kau dan aku pon sama punya rasa yang tak ada beza nya . bila suka , gembira dan bila terluka rasa sakit cuma rasa itu kita tanggung sendiri dan orang lain  hanya mampu selami tapi tak akan pernah merasa perasaan yang sama seperti apa yang ditanggung sendiri








; maafkan aku sebab aku tak mampu untuk jaga semua hati orang yang aku sayang T_T





-bye-

masterchef


aku suka sangat rancangan masak kat tv . sirius beb walaupon aku ni takde la selalu masuk dapur kate khauuu #mula lah tu nak cakap aku malas , tak pandai masak semua kan. lantakk . sekarang ni tengah semangat tengok masterchef 2 dekat astro . bukan apa peserta dia hensem tau . saya rapuh saya rapuhh . HAHA =.=







aku minat ammar . ammm ammm ammmar dan etiqa . gatai semacam je aku . eww geli -.-'

ammar-



aku rasa taste aku suka lelaki yang hitam manis kot . nampak suwit sangat . aww awww 




-bye-

tekad


heyhoo everyone



hari ni aku tekad macam mana sekalipun aku akan tetap apdet blog yang nampak macam sebatang kara dan seperti retak menanti belah je ni . saya karam di lautan dalam melaporkan . haa semput . dah dua hari kot aku taip , lepastu save . aku taip save . then , aku mark terus delete all . begituu oh mengapa kau pergi mengapa kau kecewakan mengapa kau hancuri mengapa kau menghinakan 







pernah tak korang dengar kalau baby pegang kaki lepastu masuk mulut , orang tua tua cakap dorang bakal dapat adik # yey yey haa begitu . nampak tak kegembiraan yang aku tonjolkan kat sini? ah lantakk . anak sedara aku . dua dua pon pegang kaki lepastu masuk mulut . semakin larang , semakin dibuatnya . hipotesis menaik nama nya ni . so, apa pandangan korang? dah macam tajuk karangan habak hang



-


sejauh mana kebenaran nya itu kita tak tau . orang boleh cakap , tapi kalau tak dengan izin Allah . mende takkan jadik jugak . haa begitu . jadi doa doakan kakak aku dengan kandungan baru nya selamat . ehhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh betol kew? haa itu kita tak tau . LALALALA ~







-bye-

pagi ini


Alhamdulillah masih lagi di panjangkan usia pada waktu apdet entry ni . aku semenjak lima menjak ni selalu bangun awal # kantoi bangun lewat sebelum ni . hiew hieww . lepas solat subuh kalau nak tidur balik selalu kena kejut . anak sedara aku spisis bangun awal , sebab malam malam pukul 9 dia dah tidur habak hang . orang lain semua sibuk kecuali aku . siapa? ye aku =.=


-




lepas hantar anak sedara ke rumah pengasuh . aku macam biasa memang tak tidur . bila dah bangun perut mesti lapar . rasa macam tak tertahan # 'ter' menunjukkan sangat ok lantak hang la . pagi tadi aku buat roti telor goreng mak esah ronggeng # aku tak tau kenapa aku kaitkan dengan mak esah dalam nama roti telor ni . HAHA nak resepi jugak ke? macam kelakar je . adik aku pon boleh buat KOT . cuma aku tambah susu nak bagi lemak lemak sikit kata khauu





HAVE A NICE DAY EVERYONE!







-bye- 

kantoi


aku zaman sekolah rendah dulu . suka sangat subjek muzik . aku masuk koir , aku masuk nasyid . dekat rumah , aku selalu selongkar beg sekolah abang aku adik aku semata mata nak cari buku muzik dorang . okbai =.=







bila masuk sekolah menengah . aku ni skima tauu tau tauu . selalu langgar peraturan sekolah . datang lambat, pakai stokin pendek ade corak corak, tak buat homework # kalau tengok buku , penuh dengan soalan . jawapan non hado . HAHA . aku suka menyanyi dalam kelas . tulis lirik lagu dekat buku . kalau tym bergayut dekat fon dengan kawan , dia selalu je mintak aku nyanyikan lagu untuk dia . biasalah artis # sangat



-



aku ni zaman muda muda dulu selalu berangan . menyanyi sambil tengok cermin lepastu pegang botol bedak buat microphone . takyah gelak sebab aku tengah sirius habak hang . tengah syok berangan , boleh pulak abang aku masuk bilik . dia pon cakap 'gile ke ape?' HAHAHAHA menyumpah dalam hati masa tu . sekarang takde dah menyanyi depan cermin , depan adik aku selamber je nyanyi sambil pegang remote astro . KAHKAH





thats all!





-bye-

ini dia


hai peah dan semua . sudah terlalu lama tak apdet blog rasa nya . masih lagi buka blog dan baca entry kawan kawan lain cuma takde idea nak apdet . ye , begitu lah cerita nya =.= 






apa yang kita semua tahu , setiap orang mempunyai perangai yang tersendiri , termasuklah aku . aku tak tahu bagi korang pelik ke tak . terpulang kepada pandangan masing masing . ok ayuh # amboi , bukan main tetiba guna perkataan ayuh . BM A++ sangat nampak gaya 


-



pertama . aku pemakai jam tangan kanan . ini mungkin tak pelik . sebab aku rasa bukan aku sorang yang pakai jam tangan kanan . cuma aku yang pelik , bila aku cuba cuba pakai jam tangan kiri , aku rasa seakan aku pakai jam terbalik . err kenapa kenapa 






kedua . selepas flash tandas , aku akan tutup telinga . sebab aku takut dengar air dari flash tandas itu. KAHKAH






ketiga . aku takut tengok lubang tandas . sebab selalu terpikir tetiba air dalam lubang tandas tu melimpah limpah lepas tu keluar raksasa ke tangan ke . haa kate khauuuuu . terpengaruh cerita hantu lah ni -.-'







keempat . aku takut tengok air kolam yang dalam . mungkin sebab aku tak pandai berenang menyebabkan aku berfikiran begitu . maka , penyelesaiannya aku mesti belajar berenang . baiklah baiklah . sebenarnya aku takut tengok air yang melimpah dalam satu kawasan yang besar . tak kira mana mana . sungai ke . telaga ke. tah tak paham kenapa







kelima . aku baik . pelik kan? HAHAHAHA =.=










-bye-